Kes terbaru. Regular customer datang dgn komputer bermasalah virus. Setiap kali dia double click pada drive d: komputer akan shut down sendiri. Berikut adalah langkah yang kami gunakan.
1. Boot up komputer menggunakan windows PE
2. Delete fail autorun.inf dan random.exe dari drive c dan d.
3. delete folder recycler dan volume system information dari drive c dan d
4. Delete temporary files dan temporary internet files.
5. Scan & clean virus menggunakan eset nod32 antivirus portable. (tak perlu install, tambahan pula kita dalam persekitaran PE).
6. Restart komputer dan boot up windows dari hard disk.
7. Install avira antivirus (Perform full update dan full scan)
8. Gunakan PETools untuk reverse kembali perubahan yang dilakukan oleh virus.
CASE CLOSED.
Archive for the ‘Nota’ Category
Double Click Drive D and Computer Auto Shutdown
Wednesday, December 9th, 2009Missing My Document Contents And Fake Security Alert
Thursday, October 29th, 2009No servis: 244
Masalah:
1. Hilang segala dokumen dalam folder My Documents dan desktop.
2. Fake Security Alert.
Diagnostic Result:
1. Corrupted ntuser.dat file dalam c:\document and setting\user
2. Security Alert palsu.
Penyelesaian:
1. Perform scandisk dan jumpa hard disk bad sector. Recover document dan perform Hard Disk regenerator untuk marking bad sector.
2. Remove Fake security alert menggunakan windows PE.
3. Perform pc maintenance
-delete temporary/junk files.
-Remark suspicious files
-Install MalwareBytes dan perform full update. Scan & clean malware.
-Install Eset NOD32 antivirus trial, update dan scan/clean viruses.
CASE CLOSED.
Masalah Wireless dengan Acer Aspire 5040
Tuesday, October 27th, 2009Assalamualaikum.
Sekiranya anda menghadapi masalah dengan wireless selepas memasang driver wireless untuk notebook acer aspire 5040. ANda boleh cuba install acer aspire launch manager. Download fail tersebut dari url di bawah, kemudian run setup.exe. selepas restart, wireless akan akan berfungsi.
System Recovery PE-Restore Meringankan Tugas Technician
Monday, October 26th, 2009Assalamualaikum,
Disini saya ingin berkongsi sedikit tips dan ilmu dengan pembaca sekalian. Apa yang bakal diterangkan adalah mengenai kebaikan system recovery. Kebanyakan komputer berjenama seperti HP Compaq atau Acer mempunyai system recovery mereka yang tersendiri. Tetapi tahukah anda bagaimana cara ianya berfungsi?
Kebanyakan system recovery yang berfungsi akan memadam semula partition yang mengandungi windows dan menggantikan dengan salinan windows yang baru tanpa perlu menjalankan proses setup. Sedikit sebanyak, proses ini dapat menjimatkan masa anda. Namun, anda mungkin berisiko kehilangan fail yang disimpan di dalam My Documents atau desktop sekiranya anda tidak melakukan backup.
Bagi komputer yang mengalami masalah windows corrupt atau serangan virus komputer, system recovery sememangnya dapat membantu. Ini kerana dengan cara menggunakan system recovery anda boleh kembali menggunakan komputer dalam tempoh yang singkat.
Sekiranya anda menjangkakan komputer anda menghadapi masalah virus atau windows corrupt, sepatutnya system recovery akan menyelesaikan masalah tersebut. Sebaliknya jika masalah anda tidak dapat diselesaikan, berkemungkinan anda menghadapi masalah lain.
Statistik: 7 download untuk PETools terbaru setakat hari ini. 27/10/2009
Penangan Virus Conficker.
Monday, October 26th, 2009Assalamualaikum.
Alhamdulillah, baru selesai dua buah komputer yang kena virus conficker. Antara kesannya ke atas komputer yang dibaik pulih adalah seperti berikut:
1. Tidak boleh melayari internet.
2. Internet menjadi tidak stabil.
3. Tidak boleh show hidden files.
4. Komputer menjadi perlahan.
Agak sukar untuk bersihkan virus ini kerana terlalu banyak tempat yang diganggunya. Tambahan pula dengan kehadiran fail .dll yang dihasilkan oleh virus, tugas untuk mengecam menjadi lebih rumit.
Apa yang kami lakukan adalah seperti berikut:
1. Turn off komputer sepenuhnya dan kemudian restart kembalil komputer menggunakan Windows PE,
2. Delete temporary files dan fail .exe dalam root direktori.
3. Delete fail .exe yang meragukan dari auto start up.
4. Lakukan scandisk untuk membaiki fail sistem yang rosak.
5. Scan dan clean virus komputer menggunakan eset nod32 antivirus portable. version 2.7
6. Start komputer seperti biasa dengan boot up dari hard disk.
7. Install eset nod32 antivirus 4.0 trial edition. (Update to the latest virus definition)
8. Lakukan scan dan clean virus dalam komputer sekali lagi.
9. Gunakan PE-Tools untuk reverse kembali perubahan pada windows registry yang dilakukan oleh virus.
Tips Mencegah Terkena Serangan Virus.
Thursday, October 22nd, 2009Salam sejahtera,
Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan serangan virus komputer.
JANGAN…
1. JANGAN berkongsi komputer dengan ramai orang.
2. JANGAN berkongsi thumb drive dengan orang lain.
3. JANGAN sewenang-wenangnya gunakan thumb drive di komputer orang lain.
4. JANGAN melayari laman web lucah.
5. JANGAN melayari laman web hacking/cracking dsb…
6. JANGAN suka sangat install sebarang program crack/hack.
7. JANGAN melayari laman web yang tidak pasti kesahihannya.
AMALKAN
1. AMALKAN sikap suka update antivirus database
2. AMALKAN sikap suka scan thumb drive setiap kali disambungkan pada komputer.
3. AMALKAN sikap suka mengenal pasti dokumen/fail dalam komputer/thumb drive anda.
Semoga tips di atas dapat membantu.
Print Server Software Untuk D-Link
Monday, October 5th, 2009Salam sejahtera,
berikut adalah software yang boleh digunakan bersama-sama dengan hardware printer server d-link
http://rapidshare.com/files/288828562/printerapp_200_win2kxp.zip
Kenapa Komputer Saya Masih Kena Serang Dengan Virus???
Thursday, October 1st, 2009Assalamualaikum,
Hari ini saya terima satu pesanan SMS dari pelanggan. Ringkas sahaja bunyinya. “Sebelum hari raya puasa baru-baru ni, saya dah renew lesen antivirus saya. Tapi kenapa komputer saya masih kena serang virus? Saya jadi tak faham apa fungsi sebenar antivirus ni?”
Pertama kali saya terima sms ni, rasa macam customer ni kecewa sangat. Tapi nampaknya dia dah salam faham. Saya pun compose new message dan balas kembali SMS dia. Begini bunyi SMS jawapan saya. “Kalau rumah kita ada alarm system, tak bermakna pencuri tak boleh masuk. Sebaliknya, agak susah untuk pencuri nak masuk. Berbanding dengan rumah yang tak ada alarm system. Begitu juga dengan rumah yang pintunya terbuka, lebih mudah untuk orang nak masuk, berbanding dengan rumah yang pintunya tertutup dan berkunci“.
Pengajarannya: Kalau ada perisian antivirus dalam komputer kita, tidak bermakna komputer kita selamat dari ancaman virus. Sebaliknya susah sikit untuk virus nak masuk dan menyerang komputer. Sekiranya virus yang ingin masuk ke dalam komputer kita adalah virus yang terdapat dalam pangkalan database, antivirus akan menghalang kemasukan virus tersebut.
Sebaliknya jika virus tersebut adalah virus baru dan antivirus masih belum kenal, berkemungkinan besar virus akan masuk ke dalam komputer anda. Selepas beberapa hari anda menggunakan komputer dan pangkalan databse antivirus dikemaskinikan. Mungkin masa itu, barulah maklumat virus baru tersebut dikemaskinikan dalam database antivirus dan antivirus baru dapat mengecam virus yang berada dalam sistem komputer.
Salah Faham Tentang Perisian Antivirus
Wednesday, August 12th, 2009Salam sejahtera,
Rasanya agak lama saya tak update Blog Klinik Komputer. Walau bagaimanapun, kini saya cuba untuk meluangkan sedikit masa bagi menambah sedikit info untuk pengguna sekalian.
Sepertimana tajuk di atas, kali ini saya ingin menerangkan tentang salah faham pengguna komputer tentang antivirus. Berikut adalah antara salah faham yang sering berlaku.
1. Semua antivirus adalah sama.
2. Kalau dah gunakan antivirus, anda tentunya akan selamat dari serangan virus komputer.
3. Kalau komputer anda dah terkena serangan virus komputer, beli antivirus yang baik, install dan clean sahaja virus tersebut.
4. Memasang banyak jenis antivirus dalam komputer akan lebih membantu.
Berikut adalah penjelasan saya tentang anggapan-anggapan pengguna komputer sepertimana di atas.
1. Semua antivirus adalah sama.
Tidak semua antivirus adalah sama. Dari segi fungsi asas mungkin ia adalah sama, iaitu melindungi anda dari serangan virus komputer. Ada sesetengah antivirus terlalu bergantung kepada maklumat pangkalan data (Virus Definition). Sekiranya anda jarang melakukan update, ini bermakna antivirus anda tidak dapat mengecam virus-virus yang baru.
Antivirus virus yang baik (bagus) adalah dimana program antivirus tersebut sendiri dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan tahap rendah, (assembly language). Ini menyebabkan program antivirus tersebut dapat diterjemahkan oleh komputer dengan lebih pantas.
Seterusnya teknik tambahan yang terdapat dalam program antivirus sendiri seperti teknik heuristic dan advance heuristic.
2. Kalau dah gunakan antivirus, anda tentunya akan selamat dari serangan virus komputer.
Tidak ada jaminan bahawa komputer anda akan selamat dari serangan virus komputer walau apa jua jenis antivirus yang anda gunakan. Bayangkan antivirus anda menggunakan database bertarikh 16/09/2009, sedangkan virus baru yang menyerang komputer anda dihasilkan pada 20/09/2009. Apabila antivirus cuba mengesan fail virus tersebut menggunakan database tersebut, fail yang discan akan dianggap bersih. Seterusnya teknologi heuristic juga gagal mengesan virus tersebut. Akibatnya, komputer anda akan diserang oleh virus tersebut. Anda hanya menyedari kehadiran virus tersebut apabila virus database telah dikemaskinikan. Namun, segalanya sudah terlambat.
Bersambung…..
Cabaran Menghapuskan Virus Komputer
Tuesday, May 26th, 2009Salam sejahtera,
Insya Allah, saya akan cuba terangkan serba sedikit tentang kaedah yang digunakan oleh Klinik Komputer Protouch Expert untuk membersihkan virus komputer. Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam menangani ancaman virus komputer.
Seperti mana virus sebenar yang menyerang manusia, virus komputer juga mempunyai tanda-tanda serangan terhadap mangsa. Dalam kes ini komputer anda. Antara tanda-tanda biasa yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
1. Komputer menjadi perlahan yang tidak munasabah.
2. Banyak pop up yang tidak diingini.
3.Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat anda lakukan. Contohnya:
3.1. Tidak dapat mencetak dokumen.
3.2. Tidak dapat melayari internet.
3.3. Tidak dapat menggunakan thumb drive yang disambungkan pada komputer.
3.4. Tidak dapat log masuk ke dalam windows.
4. Tidak dapat menjalankan program tertentu.
5. Tidak dapat memasang perisian baru (Contohnya antivirus, virus removal tools dsb.)
Antivirus yang anda gunakan memainkan peranan yang sangat penting. Jangan pula, bila dah terkena serangan virus, baru terkial-kial nak pasang antivirus. Antivirus yang biasa kami gunakan untuk membersihkan virus adalah Eset NOD32 Version 4.0.
Apabila virus menyerang komputer, ia akan memasukkan arahan dalam komputer supaya setiap kali komputer dihidupkan virus komputer akan dihidupkan terlebih dahulu dan dimasukkan kedalam ingatan sementara atau RAM. Arahan ini dilakukan secara automatik tanpa perlu campur tangan pengguna. Untuk membersihkan virus komputer, anda perlu membersihkan virus yang berada dalam ingatan. Cara paling mudah adalah shutdown komputer. Tetapi, sebaik sahaja anda menghidupkan komputer, ia akan kembali dihidupkan.
Kaedah paling mudah yang boleh anda lakukan adalah cabut hard disk dari komputer yang dijangkiti. Sambungkan pada komputer yang bersih dan sebarang virus, Lakukan full scan and clean terhadap hard disk tersebut. Pastikan antivirus anda boleh mengesan virus yang berada dalam hard disk tersebut.
Sekiranya antivirus anda tidak berjaya mengesan sebarang virus dalam hard disk tersebut dan apabila anda sambungkan kembali hard disk, masalah yang sama tetap berlaku. Berkemungkinan besar antivirus yang anda gunakan tidak dapat mengesan virus tersebut. Sila gunakan kaedah berikut.
Masukkan thumb drive ke dalam komputer yang dijangkiti virus. Biasanya virus akan menyalin 2 jenis fail ke dalam thumb drive anda. Contohnya autorun.inf dan gambarcantik.jpg.exe. Kedua-dua fail ini bersifat hidden dimana anda tidak boleh melihatnya. Untuk melihat kedua-dua fail ini, anda perlu guna komputer yang bersih dari virus. (Pastikan anda tidak melakukan double click pada icon komputer dan double pada thumb drive. Sekiranya komputer anda tidak dapat mengesan fail tadi sebagai virus, komputer anda akan dijangkiti oleh virus tersebut) Buka windows explorer, pergi pada menu “Tools”>”Folder Option”>”View”> Tandakan pada bahagian “show hidden files and folder” dan buang tanda tick pada “hide protected operating system files”
Cuba lihat sekiranya wujud fail bernama autorun.inf Buka fail autorun.inf menggunakan notepad dan anda akan dapat lihat apa program .exe yang dipanggil oleh autorun.inf.
Seterusnya pastikan anda bersambung ke internet. Pergi ke URL berikut: http://www.virustotal.com Pilih fail .exe yang dipanggil oleh autorun.inf dan submit pada virus total. Kenal pasti antivirus yang dapat mengesan virus tersebut. Pergi ke laman web antivirus tersebut dan pindah terima antivirus edisi percubaan.
Selamat mencuba…
NOTA:
Terdapat banyak kaedah untuk membersihkan virus komputer. Tidak perlu mempertikaikan kaedah yang saya terangkan di atas. Ini merupakan salah satu antara kaedah yang boleh digunakan. Kami jarang menggunakan kaedah ini kerana terpaksa menanggalkan hard disk. Apa yang penting, anda faham proses dan apa yang berlaku untuk membersihnkan virus komputer. Masih banyak lagi yang perlu dibincangkan.