Salam sejahtera,
Mungkin ada antara anda yang mempunyai fail dokument dalam thumb drive dan mendapati fail tersebut hilang. Kebiasaanya ia disebabkan oleh virus. Apa yang dilakukan oleh virus tersebut bukan sekadar menyembunyikan fail dokumen anda. Malahan turut menyembunyikan folder. Seterusnya menyalin fail virus ke dalam thumb drive anda dan menggunakan nama yang serupa dengan dokumen asal anda. Walau bagaimanapun, sambunga bagi fail tersebut biasanya adalah .exe dan bukannya .doc Walau bagaimanapun, pencipta virus ini bijak kerana dia akan menggunakan fungsi hide file extension dimana fail yang bernama kerjakursus.doc.exe akan kelihatan sebagai kerjakursus.doc
Berikut adalah apa yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan kembali fail dari dalam thumb drive anda. Kenal pasti apakah drive yang diassignkan oleh komputer pada thumb drive anda. Katakan thumb drive anda adalah drive F:
Pergi ke start button dan taipkan “cmd” dalam ruangan run. (Abaikan tanda “”) seterusnya taipkan “f:” dan diikuti dengan arahan berikut: attrib -r -s -h *.* /S /D
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Harap dapat berikan komen sekiranya nota ini membantu anda atau sebaliknya