Salam sejahtera,
Insya Allah, saya akan cuba terangkan serba sedikit tentang kaedah yang digunakan oleh Klinik Komputer Protouch Expert untuk membersihkan virus komputer. Semoga panduan ringkas ini dapat membantu anda dalam menangani ancaman virus komputer.
Seperti mana virus sebenar yang menyerang manusia, virus komputer juga mempunyai tanda-tanda serangan terhadap mangsa. Dalam kes ini komputer anda. Antara tanda-tanda biasa yang mungkin dialami adalah seperti berikut:
1. Komputer menjadi perlahan yang tidak munasabah.
2. Banyak pop up yang tidak diingini.
3.Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat anda lakukan. Contohnya:
3.1. Tidak dapat mencetak dokumen.
3.2. Tidak dapat melayari internet.
3.3. Tidak dapat menggunakan thumb drive yang disambungkan pada komputer.
3.4. Tidak dapat log masuk ke dalam windows.
4. Tidak dapat menjalankan program tertentu.
5. Tidak dapat memasang perisian baru (Contohnya antivirus, virus removal tools dsb.)
Antivirus yang anda gunakan memainkan peranan yang sangat penting. Jangan pula, bila dah terkena serangan virus, baru terkial-kial nak pasang antivirus. Antivirus yang biasa kami gunakan untuk membersihkan virus adalah Eset NOD32 Version 4.0.
Apabila virus menyerang komputer, ia akan memasukkan arahan dalam komputer supaya setiap kali komputer dihidupkan virus komputer akan dihidupkan terlebih dahulu dan dimasukkan kedalam ingatan sementara atau RAM. Arahan ini dilakukan secara automatik tanpa perlu campur tangan pengguna. Untuk membersihkan virus komputer, anda perlu membersihkan virus yang berada dalam ingatan. Cara paling mudah adalah shutdown komputer. Tetapi, sebaik sahaja anda menghidupkan komputer, ia akan kembali dihidupkan.
Kaedah paling mudah yang boleh anda lakukan adalah cabut hard disk dari komputer yang dijangkiti. Sambungkan pada komputer yang bersih dan sebarang virus, Lakukan full scan and clean terhadap hard disk tersebut. Pastikan antivirus anda boleh mengesan virus yang berada dalam hard disk tersebut.
Sekiranya antivirus anda tidak berjaya mengesan sebarang virus dalam hard disk tersebut dan apabila anda sambungkan kembali hard disk, masalah yang sama tetap berlaku. Berkemungkinan besar antivirus yang anda gunakan tidak dapat mengesan virus tersebut. Sila gunakan kaedah berikut.
Masukkan thumb drive ke dalam komputer yang dijangkiti virus. Biasanya virus akan menyalin 2 jenis fail ke dalam thumb drive anda. Contohnya autorun.inf dan gambarcantik.jpg.exe. Kedua-dua fail ini bersifat hidden dimana anda tidak boleh melihatnya. Untuk melihat kedua-dua fail ini, anda perlu guna komputer yang bersih dari virus. (Pastikan anda tidak melakukan double click pada icon komputer dan double pada thumb drive. Sekiranya komputer anda tidak dapat mengesan fail tadi sebagai virus, komputer anda akan dijangkiti oleh virus tersebut) Buka windows explorer, pergi pada menu “Tools”>”Folder Option”>”View”> Tandakan pada bahagian “show hidden files and folder” dan buang tanda tick pada “hide protected operating system files”
Cuba lihat sekiranya wujud fail bernama autorun.inf Buka fail autorun.inf menggunakan notepad dan anda akan dapat lihat apa program .exe yang dipanggil oleh autorun.inf.
Seterusnya pastikan anda bersambung ke internet. Pergi ke URL berikut: http://www.virustotal.com Pilih fail .exe yang dipanggil oleh autorun.inf dan submit pada virus total. Kenal pasti antivirus yang dapat mengesan virus tersebut. Pergi ke laman web antivirus tersebut dan pindah terima antivirus edisi percubaan.
Selamat mencuba…
NOTA:
Terdapat banyak kaedah untuk membersihkan virus komputer. Tidak perlu mempertikaikan kaedah yang saya terangkan di atas. Ini merupakan salah satu antara kaedah yang boleh digunakan. Kami jarang menggunakan kaedah ini kerana terpaksa menanggalkan hard disk. Apa yang penting, anda faham proses dan apa yang berlaku untuk membersihnkan virus komputer. Masih banyak lagi yang perlu dibincangkan.