Archive for August, 2009

Salah Faham Tentang Perisian Antivirus

Wednesday, August 12th, 2009

Salam sejahtera,

Rasanya agak lama saya tak update Blog Klinik Komputer. Walau bagaimanapun, kini saya cuba untuk meluangkan sedikit masa bagi menambah sedikit info untuk pengguna sekalian.

Sepertimana tajuk di atas, kali ini saya ingin menerangkan tentang salah faham pengguna komputer tentang antivirus. Berikut adalah antara salah faham yang sering berlaku.

1. Semua antivirus adalah sama.

2. Kalau dah gunakan antivirus, anda tentunya akan selamat dari serangan virus komputer.

3. Kalau komputer anda dah terkena serangan virus komputer, beli antivirus yang baik, install dan clean sahaja virus tersebut.

4. Memasang banyak jenis antivirus dalam komputer akan lebih membantu.

Berikut adalah penjelasan saya tentang anggapan-anggapan pengguna komputer sepertimana di atas.

1. Semua antivirus adalah sama.
Tidak semua antivirus adalah sama. Dari segi fungsi asas mungkin ia adalah sama, iaitu melindungi anda dari serangan virus komputer. Ada sesetengah antivirus terlalu bergantung kepada maklumat pangkalan data (Virus Definition). Sekiranya anda jarang melakukan update, ini bermakna antivirus anda tidak dapat mengecam virus-virus yang baru.

Antivirus virus yang baik (bagus) adalah dimana program antivirus tersebut sendiri dibina menggunakan bahasa pengaturcaraan tahap rendah, (assembly language). Ini menyebabkan program antivirus tersebut dapat diterjemahkan oleh komputer dengan lebih pantas.

Seterusnya teknik tambahan yang terdapat dalam program antivirus sendiri seperti teknik heuristic dan advance heuristic.

2. Kalau dah gunakan antivirus, anda tentunya akan selamat dari serangan virus komputer.

Tidak ada jaminan bahawa komputer anda akan selamat dari serangan virus komputer walau apa jua jenis antivirus yang anda gunakan.  Bayangkan antivirus anda menggunakan database bertarikh 16/09/2009, sedangkan virus baru yang menyerang komputer anda dihasilkan pada 20/09/2009.  Apabila antivirus cuba mengesan fail virus tersebut menggunakan database tersebut, fail yang discan akan dianggap bersih. Seterusnya teknologi heuristic juga gagal mengesan virus tersebut. Akibatnya, komputer anda akan diserang oleh virus tersebut. Anda hanya menyedari kehadiran virus tersebut apabila virus database telah dikemaskinikan. Namun, segalanya sudah terlambat.

Bersambung…..