Tentang Kami

Klinik Komputer ProTouch Expert terletak di No 9 Jalan Dahlia 4, Saujana Utama 1, 47000 Sungai Buloh, Selangor. 03-6038 5057 (Belakang Balai Polis).  Syarikat ini ditubuhkan pada bulan 6 2005 dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan. Ia diasaskan oleh saudara Syed Shaharuddin Bin Syed Yang (019-224 7783). Beliau mempunyai pengalaman komputer sejak dari tahun 1993.

Klinik Komputer dibuka pada hari isnin hingga jumaat bermula dari jam 8:30 pagi sehingga 8 malam. Pada hari sabtu pula, ianya dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 8 malam. Pada hari ahad pula, ianya dibuka dari jam 12:00 tengah hari hingga 8 malam.

Konsep yang kami gunakan amat mudah. Jika masalah tidak dapat diselesaikan, tiada sebarang caj akan dikenakan. Dalam erti kata lain, sekiranya masalah dapat diselesaikan, barulah kami akan mengenakan caj kepada pelanggan.

Kepada syarikat-syarikat yang berada di sekitar kawasan kami seperti Bukit Rahman Putra, Bandar Baru Sungai Buloh, Puncak Alam dan Puncak Perdana, kami sedia ke lokasi anda untuk menyelesaikan sebarang masalah komputer. Seperti yang kami nyatakan, tiada sebarang caj akan dikenakan sekiranya masalah anda tidak dapat diselesaikan.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.