WHAT WE DO
ProTouch Expert :: Klinik Komputer ::Pusat Servis Komputer

Komputer merupakan peralatan wajib yang perlu ada pada setiap isi rumah sepertimana kebanyakan orang ramai mempunyai telefon bimbit. Berbanding dengan telefon bimbit, komputer lebih kerap menghadapi masalah tertentu. Antaranya adalah masalah operating system, perisian, perkakasan, setting dan konfigurasi.

Kami sangat memahami masalah yang pelanggan hadapi kerana kami juga adalah pengguna seperti anda. Kami menyediakan perkhidmatan ad hoc pc support dimana pelanggan boleh menghubungi kami dan kami akan datang ke tempat pelanggan untuk menyelesaikan masalah yang pelanggan hadapi.

Istimewanya perkhidmatan kami adalah, kami tidak akan mengenakan sebarang caj sekiranya masalah tidak dapat diselesaikan. Namun, kami akan memastikan kami akan menyelesaikan masalah komputer yang anda hadapi sebaik dan sepantas yang mungkin.

Berdasarkan kepada pengalaman kami dalam bidang menyelesaikan masalah, kebanyakan masalah mampu untuk kami selesaikan.

Berikut adalah perincian antara masalah windows yang kerap dihadapi oleh pelanggan:-

Virus Komputer.
» Komputer mungkin akan menjadi perlahan/lembap. Disamping itu, pelbagai pop up atau fungsi dalam komputer mungkin akan gagal untuk berfungsi.

Windows Corrupt.
» Windows corrupt atau rosak adalah keadaan dimana komputer tidak dapat load seperti biasa dan anda tidak menggunakan windows. Masalah mungkin berpunca dari windows yang selalu hanging dan force shutdown sering dilakukan. Ini menyebabkan fail sistem mula rosak dan tidak dapat dibaca.

Pemasangan Perisian.
» Sesetengah perisian memerlukan sedikit konfigurasi untuk membolehkannya berjalan seperti sepatutnya. Antaranya adalah ianya perlu dipasang sebagai administrator. Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan perisian tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya atau langsung tidak dapat berfungsi.

Format Hard Disk Dan Pemasangan Semula Windows.
» Sekiranya komputer anda menggunakan windows yang asli/tulen. Ia perlu dipasang dengan windows dari versi yang sama dan menggunakan product key yang valid. Jika tidak anda mungkin akan menjadi mangsa windows cetak rompak. KEBANYAKAN technician akan memasang windows yang tidak sah, kemudian akan cuba CRACK windows berkenaan. CRACK tersebut mungkin akan tahan untuk beberapa hari atau beberapa bulan, kemudian anda akan mula dapat notifikasi windows anda adalah tidak asli.

Backup & Restore Data.
» Kebiasaannya kami akan melakukan backup data dengan menyalin segala domune atau folder di dalam main desktop dan my documents folder. Ada sesetengah keadaan folder tidak boleh disalin disebabkan oleh masalah SECURITY & PERMISION. Masalah ini biasanya berlaku sekiranya user ada meletakkan kata laluan untuk login.

Terlupa Kata Laluan.
» Forgoten Windows Login Password adalah masalah yang biasa dihadapi. Jika tak lupa pun, mungkin ada orang yang cuba berbuat khianat dengan menukar kata laluan anda. Disamping itu, sekiranya anda membeli komputer second hand, ianya mungkin juga dilindungi oleh kata laluan. Kami boleh menyelesaikan masalah sebegini tanpa perlu REFORMAT dan REINSTALL WINDOWS.

Setting Network Printer & Scanner.
» Sesetengah pengguna menggunakan mesin photostat seperti RICOH, CANON FUJI XEROX dan sebagainya sebagai pencetak dan pengimbas. Untuk melakukan setup pada mesin sebegini, user perlu tahu tentang Network IP Address, bagaimana untuk mengelakkan IP address conflict, melakukan penetapan STATIC IP ADDRESS dan melakukan konfigurasi Wifi Router.

Setting Wifi Router.
» Kebanyakan pengguna akan menggunakan penetapan asal dimana pengguna akan terdedah kepada risiko seperti pencerobohan dan setting yang tidak optimum. Kami akan melakukan setting untuk mendapatkan setting optimum pada wifi router anda. Segala setting yang berkenaan akan diubah supaya menjadi lebih selamat. Kata laluan seperti P@ssw0rd, enter, 123456 bukanlah kata laluan yang baik.

Pengecaman Masalah Komputer.
» Ada sesetengah komputer menghadapi masalah yang perlu diperiksa untuk mendapatkan perincian masalahnya. Kami juga boleh melakukan untuk anda. Untuk pengecaman masalah, biasanya akan mengambil masa yang agak lama.

Penukaran Peralatan Yang Rosak.
» Kebiasaannya, setelah pengecaman masalah telah dapat dikenal pasti penukaran peralatan berkenaan akan dilakukan. Tidak semua komponen sesuai untuk ditukar.Namun, antara perlatan yang biasanya bermasalah dan ditukar adalah hard disk drive, solid state drive, ram, lcd, led, papan kekunci notebook, bateri, power supply dan processor fan.

Kontrak PC Support Dan Konsultasi.
» Bagi syarikat kecil yang tidak mempunyai unit bantuan teknikal, mereka boleh berlanggan perkhidmatan bantuan teknikal dari kami.Kami akan membantu menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi disamping melakukan pemeriksaan secara berkala di premis pelanggan.

Reseller Kepada Perisian Eset.
» Kami juga menyediakan perlindungan dari serangan virus komputer dan ransomware dengan membekalkan perisian antivirus yang dikeluarkan oleh Eset. Kami hanya akan mencadangkan antivirus yang terbaik untuk pelanggan. Oleh sebab itu, kami hanya membekalkan perisian antivirus eset.

Pengaktifan Perisian Komputer.
» Sesetengah perisian komputer memerlukan anda untuk melakukan pengaktifan sejurus selepas perisian berkenaan dipasang. Tanpa mengaktifkan perisian berkenaan, anda tidak boleh menggunakannya. Ada sesetengah perisian yang memerlukan anda untuk memasukkan nombor pengaktifan dan menekan butang enter untuk mengaktifkannya. Langganan anda adalah tanpa had.

» Sebaliknya, ada juga perisian yang memerlukan anda untuk melanggan dan membayar yuran langganan tahunan. Contohnya seperti perisian microsoft office 365. Kami menyediakan perkhidmatan untuk mengaktifkan setiap perisian sedemikian.

Door To Door/Ad Hoc PC Support.
» Ada sesetengah pelanggan lebih selesa sekiranya masalah komputer dapat diselesaikan di tempat mereka. Kerana ada masanya setting network di tempat mereka adalah agak berbeza dengan setting kebanyakan wifi router. Contohnya seperti ip address yang berbeza. Masalah mungkin selesai apabila komputer dibawa ke kedai. Namun, masalah kembali berulang apabila disambungkan kepada network di pejabat atau di rumah sendiri.

» Adalah satu kerugian untuk berulang alik menghantar komputer ke kedai, namun masalah tidak juga selesai.

:: Back To Top ::

 

CLIENTS

Antara pelanggan kami adalah seperti dibawah:


DatumCorp International Sdn. Bhd.

Orient Biotech Sdn. Bhd

Zulkifli Yong Azmi & Co

HomeField Real Estate Sdn. Bhd.

Creative House Network

Hadmin Zahar & Rohaine Shariffudin

Klinik Perubatan Balqis

Klinik Roziana

PLus Office

Messrs Azizzul & Ariff

Aspen Platform Sdn. Bhd.

Arkworld Asis PLT

F.I.T.E.C

Addura Marketing Sdn. Bhd.

Cobra Sport Sdn. Bhd.

Bonlife (M) Sdn. Bhd.

I.C.C.S.B

Concentrix Malaysia

:: Back To Top ::

 

ABOUT US

ProTouch Expert telah didaftarkan dan mula beroperasi secara sah dari tahun 2005. Dari awal penubuhan syarikat, kemahiran dan pengkhususan syarikat adalah dalam menyelesaikan pelbagai masalah komputer yang dihadapi oleh pelanggan.

Pengkhususan menyebabkan kami mampu menyelesaikan masalah dalam masa yang singat. Kami juga berani memberikan jaminan tidak ada sebarang caj atau tiada caj minima bagi masalah yang tidak dapat kami selesaikan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi whatsapp yang tertera di atas.

:: Back To Top ::

 

FAQ


Pelbagai soal jawab dan masalah komputer akan dikongsikan disini. Sementara itu, anda juga boleh berkunjung ke Page Facebook Protouch di


:: Back To Top ::